tukang karang, ![]() Scream! Credits!
| kisah dalam lagu,
malam itu aku sendiri, sunyi dan sepi. cuma kedengaran pukulan ombak yang tenang itu. aku duduk di batu sebelah dengan pokok kelapa. kakiku silangkan, menongkat dagu dan termenung sambil mendengar lagu. malam ini memang benar-benar sunyi atau cuma aku yang sendiri? bayu nan dingin bertiup damai. hati aku rasa nyaman. tapi bukan otakku yang kusut dan jiwaku yang berselerak ini. menghela nafas keluhan. "aku suka lagu ini." "sebab apa?" "sebab lagu ni cerita tentang cinta kita." "tapi aku tak suka dengar lagu." "sebab apa?" "sebab lagu kebanyakkannya buat jiwa rasa sedih." "jangan dengar yang sedih." "tetap tak suka." "tapi lagu ni kau kena suka. kira ini lagu kita." "taknak." tegas Sakinah Alia mahu "kenapa ni?" bingung Aman menanya. "sebab nanti kalau kau ada yang baru, kau bagi pulak lagu ni kat dia. bukan lagi lagu kita." "kenapa aku nak kena buat macamtu?" "sebab kau akan ulang benda yang sama. apa yang kau buat dengan aku." Benar belaka. memang cinta itu tak semuanya celaka, tapi ini realitinya. aku dah terkena, walaupun dah berjaga-jaga. sial! malah aku jatuh teruk untuk yang ini. |