tukang karang, ![]() Scream! Credits!
| Luah kata,
Aku dulu punya sorang kawan. Apa kata orang, kawan laman sesawang? Iyelah. Era masa kini sedang membangun, mereka juga ingin ke depan. Aku juga begitu. Seronoknya aku punya dia. Setiap hari semangat untuk 'online'. tak lekang di hadapan skrin komputer riba itu. Hati ni terlalu indah rasanya tanpa ada kata yang mampu menilai. Tak sengaja aku jumpa dia masa aku sedang asyik perang 'like comment' dekat status member. Alahai, seronok. Senyumlah aku sorang-sorang macam orang angau. Perempuan gila, akulah tu. Jatuh cinta yang rasanya begitu sukar untuk ditafsir. Mana mungkin sang pemain cinta terjatuh? Ah, tapi aku juga manusia yang punya lemahnya. Jatuh tersungkur aku dengan sorang lelaki ni. 'Hebat mamat ni'. Desis hatiku yang paling kecil. Aku mana pernah endahkan soal hati terhadap lelaki. Tapi dia, jauh berbeza. Aku cari di mana kelainannya. Nah, aku dah jumpa! Mulanya perkenalan yang sangat unik. Aku yang datang menyapa sang jejaka. Wah, jatuhlah martabat aku ketika itu. Tapi tidak aku ambik peduli. Ku kejar cinta itu, kerna aku ingin memegangnya sampai tua. Kenapa dia ni macam taknak layan aku? Gay ke mamat ni? Soal sendiri tertanya-tanya. Responnya macam tiada apa, setiapnya seperti kosong tanpa isi. Eh aku ni macam tengah 'tackle' diri sendiri. Bak kata pepatah, usaha tu tangga kejayaan. Mana boleh aku baru melangkah setapak, dah melatah nak toleh belakang. Itu bukan aku! Teruskan lagi misi 'mengorat'. Mula aku dapat tindak balas bila aku sedar isi blog yang dia update. Entah kenapa, aku terasa dengan cerita yang dia tulis. Dia kata, dia jatuh cinta. Eh? aku ke sang perempuan itu? Kuat betul perasaan ni menyokong bahwa itu sememangnya aku. Sekali aku biarkan. Datang lagi yang baru! Dia update lagi. Kali ni benar, cerita itu untuk aku. Memang saat itu terasa dunia tu hanya aku dan dia. Berdua saja. Indahnya! Tolong hentikan masa, aku tak mahu berganjak ke masa depan kerna setiapnya pasti berubah. Asyiknya kita 'ber-sms', 'wall-to-wall'. Mana hiraukan yang lain, semua dipersetankan saja. Pada mulanya, aku sangka perasaan dia dekat aku berlawanan. Tapi rupanya tidak, dia pemalu. Taktahu cara untuk melayan perempuan malah seorang yang 'nerd'. Alangkah terujanya aku masa tu! Tak silaplah aku berusaha, sebab inilah yang aku mahukan. Lelaki yang pemalu dan 'nerd'. Terlalu comel bagi aku. Sebab itulah, aku beriya untuk dapatkan. Lucunya bila aku merajuk, dia pujuk walaupun taktahu cara bagaimana untuk memujuk. Tapi aku nampak usaha dia. saja aku bulikan. Macam 'The best couple of the year' je rasanya. Aku ceritakan kisah ini sudah dua tahun lebih berlalu. Aku punya dia, tapi bukan 'kawan' aku yang aku ceritakan ini. Sebab itu aku minta masa dihentikan. Aku tak mahu ke masa depan. Aku rindukan 'dulu'. Hey si nerd yang punya sifat malu, aku rindu. Mana kau? Janganlah pergi. Aku perlukan kau, cinta kau aku pegang sampai sekarang. Janganlah siksa aku. Apa lagi yang harus ku perbuat bila semuanya yang aku lakukan tetap tak sempurna dan selalu menjadi sampah di mata kau. Pulanglah kembali, kau yang pernah buat aku jatuh tersungkur itu.
|