tukang karang, ![]() Scream! Credits!
| Dear muslimah,
Hai :) Sebelum tu aku nak mintak maaf kalau ade yg terasa macam aku ni ''bajet jeeee/berpura-pura/acah-acah bagus". Ok demi Allah aku takde niat macamtu pun :( Aku ni dah macam kat atas pagar, taktahu nak pilih mana satu. Kang kalau aku jadi orang lain, ade yg anggap aku Propa. Kalau jadi diri sendiri yg tak pernah nak jaga iman. Aku jugak yg rugi tak dapat merasa menjadi seorang muslimah. Hmmm ok. Semakin hari, semakin kuat rs hati aku ni nak deactive facebook. Banyak dapat dosa kering. InsyaAllah, tahun baru, azam baru! Aku.. rs sedih. Bila tengok gambar perempuan islam yg tidak menutup auratnya. Ahhh sedihnyaaa, aku nak tegur tapi aku takut bila dia tk dapat terima teguran aku dan dia menunjuk balik jari kepada aku. "Kau macam baik sangat je?" Tapi aku nak jadi seorang Muslimah. Ye, mungkin aku kena belajar banyak lagi sebab aku belum cukup ilmu dan tak layak lagi. Tapi itu impian aku sekarang. Aku skrg berlawan dgn perasaan sendiri. Iman dan Nafsu. Jaga iman dan akan menjadikan aku salah seorang dari penghuni Syurga atau Nafsu yg hanya berkuasa di dunia yg sementara ni. Ok nak nangis. Semakin hari semakin dekat dgn kematian. Bukan semua dapat terima dakwah org. Kalau boleh semua mesti bantai nak balas balik ape yg ditegur. Haritu keluar lepak dgn kawan-kawan kat taman rumah aku ni, hehe. Alhamdulillah aku jaga aurat. Aku risau sangat kalau sehelai rambut aku dilihat oleh lelaki bukan mahram. Kawan: Ecehh, Dayah dah pakai tudung sekarang. Aku: Sehelai rambut je dah dosa kalau lelaki bukan muhrim nampak. Aku taktahu kalau dia terasa. Tapi maafkan aku. Kawan yg baik adalah kawan yg menegur kesalahan kawannya. Dan lagi satu, amek ayat ni. Fahami betul-betul, "Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu,kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan." - Imam Hasan Al-Basri Dan, awak kena fahami ayat ni jugak. Yang bertudung tidak semestinya baik, tapi! Yang baik pasti akan bertudung. Aku tersenyum bila baca ayat tu. Sangat dalam maksudnya. Awak, sy takboleh terima kalau awak bagi alasan belum sampai seru utk menutup aurat. Aurat tidak perlu utk diseru. ''Tutuplah aurat kerana kewajipan, bukan kerana kehendak''. Jadi, tiada alasan utk perkara yg wajib. Ye, aku jugak pernah melakukan dosa. Bahkan setiap hari. Tapi, Allah itu sentiasa mengampunkan dosa hambaNya :) Baik kan Allah? Jahat mana pun awak, dia akan tetap memaafkan. Tapi, jangan sampai terlambat. Dari dia kita dijadikan, di situlah tempat kita dikembalikan. Dunia akhir zaman ni, banyak benda boleh menyesatkan kita kalau iman tidak dijaga. Selalu mengingatkan diri sendiri dan kongsi lah bersama umat islam ilmu yg kita miliki. Sebab, ilmu yg kita ade bukan hak kita. Hanya dipinjamkan oleh Allah s.w.t utk kita. Ye, ilmu Allah. Maaf, maaf, maaf. Aku mintak maaf kalau aku silap. Maafkan aku, Assalamualaikum.
|